Khamis, 3 Disember 2009

My Mom's Chicken Rice

wah.. hari ni sgt special.. makanan kegemaran saya antara yg paling sedap dimasak oleh ma... huhu... nasik ayam yg tiada tandingan.. hehhe...
nak tau mcm mana nak buat? huhu... utk ayam anda perlukan :

@ ayam
@ bawang putih, halia (dikisar)
@ garam

kisaran bwg putih dan halia di masukkan ke dalam periuk yg mengandungi ayam utk direbus...
setelah siap keluarkan ayam tersebut ke dalam bekas yg lain dan digaul dengan sos tiram dan kicap.. perapkan...kemudian goreng sehingga garing.. utk air rebusan td, jgn buang, kerana akan dimasukkan ke dalam sup dan juga nasik... utk nasik pula, anda perlukan :

@ beras, air rebusan ayam td
@ bwang putih
@ bwg merah
@ halia
@ perkakasan sup (kulit kayu manis dan sbg)

bwg putih, bwg merah, halia dipotong halus2 dan perkakasan sup di tumis di dalam kuali dengan sedikit butter...
kemudian separuh masukkan ke dalam beras dan separuh dari air rebusan ayam dan masukkan sedikit pewarna kuning.. masakkan nasik tersebut...

separuh lagi tumisan itu di masukkan ke dalam air rebusan ayam yg tggal...(utk dibuat sup).. utk sup, tmbah ayam yg bhgian leher2 ke dalamnya.. tmbahkan lagi bwg merah dan bwg putih yg dihiris...selepas siap, jgn lupa tmbahkan daun sup dan bwg goreng!! pasti sedap,,, hehhe

utk smbalnya pula, blend bahan2 berikut

@ 6 bwg putih
@ bawng merah
@ cili
@ tomato
@ air dan sedikit cuka
@ sedikit gula

utk kicapnye pula, ambil lebihan kicap dan sos tiram yg digunakan utk perapkan ayam tadi dan masukkan bwg goreng, lepas tu, masakkan sekejap di atas dapur...
tada!! dah siap.. hiaskan secantik yg mungkin dengan salad, tomato dan timun...

Tiada ulasan: